• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Politik Kes Aminulrasyid Di Twitter, Tony Pua Disiasat

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung catatan di akaun Twitternya semalam mengenai satu keputusan mahkamah.

Beliau berkata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu dipercayai sengaja memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Panggil orang ini dan siasat,” kata Khalid dalam catatan terbarunya di Twitter.

Pua dalam akaun Twitternya antara lain memberi komen tentang kes kematian remaja lelaki itu dan turut memuat naik artikel berita bertajuk ‘IGP refuses to apologise to Aminulrasyid’s family’.

Khamis lepas, keluarga Aminulrasyid, remaja lelaki yang mati terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas, menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.

Dalam saman itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif menamakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

24/06/2023
0

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd