• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Akauntan Tak Tahu Harga Banglo! Habis Tu Khir Doktor Gigi?

oleh
26/03/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALASAN dangkal Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik yang cuba mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bukan sahaja bodoh, malah menyerlahkan lagi tahap kebodohan si bosnya sendiri.

Konon Setiausaha Agung DAP yang terbabit skandal beli banglo di bawah harga pasaran dengan alasan bahawa Guan Eng cuma akauntan dan bukan penilai hartanah teruk disindir sinis oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi siri kenyataan terkini di laman Twitternya menempelak alasan lawak Wei Aik yang terpaksa cari modal baharu bagi lindungi maruah Guan Eng.

“Saya nasihatkan YB ini agar berhenti daripada memalukan diri sendiri. Mempertahankan tuan mereka dengan alasan lemah akan hanya melemahkan lagi kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri,” kata Abdul Rahman.

Menurut Ahli Parlimen Kota Belud itu, bukan Barisan Nasional (BN) yang menjadi punca sehingga menyebabkan Guan Eng terperangkap paling teruk dalam keadaan sekarang dan terburuk dalam sejarah politik tokoh DAP itu.

“Untuk makluman, bukan BN yang memaksa Guan Eng untuk membeli hartanah tersebut dan pula pada harga istimewa di bawah nilai pasaran. Berhentilah daripada tabiat suka menyalahkan orang lain apabila tersepit.

“Bukan BN yang paksanya beli hartanah daripada wanita yang ketuanya adalah pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd). Masa, penjual dan harga belian banglo tidak ditentukan oleh BN,” katanya.

lge-ard

Menurut Abdul Rahman, alasan Wei Aik itu jika diterima oleh masyarakat tentu sahaja boleh juga diguna pakai dalam kes sama melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo, hanya seorang doktor gigi.

“Menurut Ahli Parlimen Tanjong, LGE (Lim Guan Eng) adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai. Tetapi yang peliknya, Ketua Menteri seolah-olah tahu nilai semua tanah-tanah yang lain, kecuali rumahnya sendiri!

“Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo pun boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau kebetulan seorang doktor gigi?” soal Abdul Rahman di Twitter pada Jumaat.

Wei Aik yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang pada Jumaat cuba pertahan Guan Eng dalam isu skandal pembelian banglo murah dan kaitannya dengan penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis.

Beliau juga menggunakan alasan konon bahawa surat taksiran nilai hartanah mewah berjumlah RM4.27 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya diterima selepas proses jual beli tersebut berlaku.

Lucunya ia sekali gus gagal menafikan dakwaan bahawa Guan Eng memang mengetahui nilai hartanah itu sejak 2015 lagi sewaktu membuat penafian mengenainya baru-baru ini ketika isu tersebut baharu mula ‘meletup’.

Nyatanya, Wei Aik gagal dalam cubaan membela Guan Eng sebaliknya ibarat hanya tegak benang yang basah bagi tutup fakta Setiausaha Agung DAP itu kini terperangkap dalam strategi permainan politik kotor pembangkang.

Untuk rekod, kaedah jahat itulah yang selama ini digunakan secara meluas oleh pembangkang untuk menyerang pihak kerajaan dan pemimpinnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: LGE Kantoi Bohong Isu Flat PPR Taman Manggis

Juga: Malang Rakyat Penang Dapat KM Jahil Matematik

Lagi: Skandal Banglo Murah LGE Cuma Percaya Malaysiakini?

kroni

Tags: Khir ToyoLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd