• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesenian Dan Kebudayaan Berpotensi Tarik Pelaburan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesenian dan kebudayaan merupakan industri yang menjanjikan pulangan dan berupaya menarik pelaburan dan bakat, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata kerajaan menyedari pentingnya kesenian dan kebudayaan kerana ia berupaya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan keharmonian sosial.

“Pelaburan dalam kesenian dan kebudayaan akan membawa banyak faedah dan nilai dan sebab itu kenapa kita perlu membangunkan strategi untuk mempromosikan pelancongan dan industri kesenian sebagai peryumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Saya percaya kejayaan kesenian dan kebudayaan institusi-institusi bertaraf dunia bukan sahaja dari segi aspek fizikal tetapi juga berkaitan dengan pembangunan manusia, khususnya dari segi kemahiran dan cara berfikir,” katanya semasa berucap merasmikan Simposium Antarabangsa Liga Institut Pengajian Kesenian Asia (ALIA) 2016 di sini malam tadi.

Persidangan selama tiga hari bermula hari ini dihadiri 150 peserta dari seluruh dunia dengan objektif membincangkan isu-isu berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan.

Mas Ermieyati berkata persidangan itu penting kerana ia memberikan peluang kepada peserta untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan.

“Ia membolehkan pembuat dasar dan pemimpin kebudayaan daripada institusi terkemuka dari seluruh dunia berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pengurusan kebudayaan dan pendidikan kesenian,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd