• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terus Tekad Beri Khidmat Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Usaha pembangkang yang ‘menangguk di air keruh’ dan mahu membina kerajaan baru di Terengganu tidak sekali-kali mematahkan semangat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerja keras di negeri itu.

Sebaliknya, kerajaan BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bertekad terus berkhidmat untuk rakyat dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan BN di Terengganu masih kukuh, jangan risau. BN masih memegang 17 kerusi dan PAS 14 kerusi, kita masih kukuh sebagai kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen Beautiful Terengganu Malaysia di Plaza Angsana, di sini malam tadi.

Menyifatkan isu bekas Menteri Besar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadapnya dan pembangkang mahu kerajaan baru, seperti ‘ribut dalam cawan’, beliau berkata baginya isu berkenaan sudah selesai.

“Bagi kita isu Terengganu telah selesai, tiada ada lagi. Kita tidak ada masa lagi memikirkannya, sekarang yang penting ialah memberi perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ahmad Razif.

Bagi kerajaan BN di Terengganu, usaha akan ditumpukan sepenuhnya untuk menjadikan negeri itu negeri maju menjelang 2020, kata beliau.

Menyentuh mengenai isu peruntukan dana, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak pernah menyekat malah membatalkan peruntukan yang diberikan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali peruntukan DUN Kijal yang diuruskan menerusi mekanisme lain.

“Kita antara negeri yang paling banyak memberikan peruntukan kepada DUN. Satu DUN dapat RM3 juta,” kata beliau.

Semalam, Ahmad Razif berkata kebajikan rakyat di DUN Kijal, Kemaman akan terus terbela, cuma cara penyaluran peruntukan sahaja yang berbeza.

Keputusan itu diambil setelah ADUN Kijal itu menimbulkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 8 Mac lalu.

Susulan daripada itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad berkata pimpinan PAS Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera dan membina kerajaan baru di Terengganu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd