• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brussels Bergegar 2 Letupan Kuat 13 Maut 35 Cedera

oleh
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terbunuh dan 35 yang lain cedera susulan dua letupan kuat yang dilaporkan menggegarkan dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventem Brussels pada 22 Mac.

Menurut jurucakap polis Belgium dan beberapa laporan media tempatan, punca letupan dahsyat itu belum lagi dapat dipastikan namun pasukan tentera negara Eropah tersebut sudah dikerahkan mengawal tempat kejadian.

Pihak media pada masa yang sama juga melaporkan bahawa terdapat beberapa bunyi tembakan daripada senjata api dan teriakan kuat turut kedengaran sebelum berlakunya siri letupan berkembar tidak dijangka tersebut.

bruss1

Emergency personnel are seen at the scene of a blast outside a metro station in Brussels, in this still image taken from video on March 22, 2016. REUTERS/Reuters TV

bruss4

Aliran trafik laluan perkhidmatan kereta api ke terminal lapangan terbang yang dibuka sejak 1940 itu juga terpaksa digantung buat sementara waktu. Insiden dipercayai meletus pada pagi sibuk waktu tempatan.

Dalam pada itu laporan wartawan stesen Sky News, Alex Rossi yang kebetulan berada di lapangan terbang tersebut memberitahu, beliau dapat merasakan bangunan seperti bergegar sebelum melihat asap dan debu.

“Saya menuju ke arah letupan dan ramai orang yang kelihatan terkejut,” menurut beliau. Video di bawah ini menunjukkan orang ramai kelihatan lari bertempiaran dari kawasan lapangan terbang berkenaan.

Menurut para pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventem Brussels, semua penerbangan keluar masuk dibatalkan dan ada juga sesetengah penerbangan yang dilencongkan ke beberapa destinasi berhampiran.

Pihak berkuasa Belgium kini meletakkan amaran ancaman pengganasan pada peringkat paling tinggi dan ia dipercayai ada kaitan dengan penahanan suspek pengeboman Paris, Perancis di sekitar Brussels baru-baru ini.

Lapangan terbang yang mengendalikan 23 juta penumpang setahun itu terletak 11 kilometer ke timur laut Brussels dan ia menyediakan khidmat penerbangan ke merata tempat di dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BelgiumBrusselsletupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd