• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jilake Bawa Mayat Ibu Ke Bank Untuk Songlap Duit

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Plymouth, Amerika Syarikat – Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata untuk mengeluarkan wang sebelum membuat laporan polis bagi memberitahu wanita itu sudah meninggal dunia.

David John Vanzo, 57, dilaporkan membawa mayat ibunya dengan kerusi roda untuk mengeluarkan wang berjumlah AS$850 (RM3,452) dari akaun wanita itu pada 5 Januari lalu.

Selepas mengeluarkan wang Vanzo pulang ke rumah sebelum menghubungi polis bagi memberitahu ibunya sudah meninggal dunia.

Polis yang datang ke rumah Vanzo mendapati mayat wanita itu terbaring di atas katil yang dipenuhi najis dan masih memakai baju kot serta berkasut.

Pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mungkin sudah meninggal dunia ketika Vanzo membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.

Pegawai bank memberitahu polis, wanita itu langsung tidak bergerak dan berbau busuk ketika Vanzo membawanya masuk.

Katanya, Vanzo memegang tangan ibunya untuk mendapatkan cap jari wanita itu bagi mengeluarkan wang dari akaun milik mendiang.

Pendakwa raya berkata, Vanzo tinggal dengan ibunya pada 2007 dan menguruskan kewangan wanita itu sejak 2012.

Tambahnya, Vanzo menghilangkan diri selepas kematian ibunya tetapi ditangkap baru-baru ini di Pamona, California.

“Vanzo didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah pengabaian dan mengeksploitasi kewangan ibunya,” katanya.

Selain dituduh gagal menjaga ibunya dengan baik, Vanzo juga didapati mengambil wang berjumlah AS$260,000 (RM1.1 juta) dari akaun wanita itu. – Agensi /myMetro Online

Tags: lelakiMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd