• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh Islam Liberal Indon Dakwa Kalimah Allah Tidak Eksklusif

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dr. Ulil Abshar Abdalla, tokoh Islam liberal dari Indonesia yang dilarang memasuki Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan demikian dalam satu sesi forum di Kuala Lumpur menggunakan aplikasi Skype.

Memetik sumber The Malaysian Insider, persepsi umat Islam bahawa terma Allah hanya eksklusif untuk agama tersebut merupakan satu kekeliruan kerana ia telah digunakan semenjak sebelum kedatangan Islam lagi.

ulilabshar_skype_16102014_tmi

Menurut Ulil, Allah tersebut merujuk kepada perkataan ‘Tuhan’, lantas ianya tidak spesifik kepada sesuatu agama sahaja.

“Istilah Allah itu berasal daripada dua kata iaitu partikel ‘Al’ dan ‘Ilah’ yang bermakna Tuhan,” katanya.

“Jika kita menyebut Allah itu, ia diterjemah sebagai Tuhan. Orang kafir di Makkah sebelum kedatangan Islam juga menyebut Allah,” ungkapnya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual melalui panggilan telefon.

Dakwanya lagi, penggunaan kalimah tersebut telah digunakan semenjak zaman Arab Jahiliah.

“Kalau orang Islam sekarang merasa kalimah Allah itu milik mereka sahaja, itu bagi saya tidak benar.”

Sebelum ini, penerbitan The Herald dilarang untuk menggunakan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayunya. Keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Jun lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

*Ulil Abshar-Abdalla adalah tokoh Islam Liberal di Indonesia yang berafiliasi dengan Jaringan Islam Liberal. Pada 2003 sekelompok ulama Islam Indonesia dari Forum Ulama Umat Islam telah mengeluarkan fatwa kematian untuk Ulil berikutan artikel tulisannya di Kompas bertajuk “Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam” yang dianggap menyimpang oleh para ulama. Ulil banyak menolak keputusan pemerintah terhadap Ahmadiyyah dan Ulil juga banyak menentang fatwa dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia, seperti melarang umat Islam mengucapkan salam Krismas untuk penganut Kristian.

Tags: Indonesiakalimah Allah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia?  – Radzi Jidin

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia? – Radzi Jidin

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Apakah Benar 127.3 hektar tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia? Persoalan itu dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd