• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Umum ‘Deklarasi Rakyat’ Yang Sebenar – Mubarak

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pilihan raya umum (PRU) merupakan ‘deklarasi rakyat’ yang sebenar dalam sistem demokrasi dan bukannya ‘memungut’ tandatangan demi mendapatkan sokongan menjatuhkan pemimpin negara, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Beliau berkata PRU merupakan deklarasi daripada rakyat yang dilaksanakan dalam bentuk undi bagi memilih mereka yang akan menjadi pemimpin negara dan cara itu berkesan dalam sistem demokrasi negara ini sejak sekian lama.

“Setiap PRU adalah deklarasi rakyat yang sebenarnya. Rakyat pangkah dan undi siapakah yang akan jadi wakil mereka dan (parti) yang menang majoriti akan menjadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Pemantapan Mutiara Mubarak 4 di sini Ahad malam.

Majlis tersebut turut dihadiri bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik dan pemangku Yang Dipertua Mubarak Melaka Datuk Nazari Adzim. Terdahulu Abdul Rahim dipilih sebagai Tokoh Mubarak Melaka 2016.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata masyarakat digesa supaya tidak terpengaruh dengan berita atau maklumat yang dikaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menjatuhkan beliau seperti yang paparkan akhbar atau media dari luar kerana kesahihan tersebut boleh diragui dan dipertikaikan.

Sebaliknya beliau berkata masyarakat perlu fokus untuk melihat negara mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi serta mereka berpeluang menikmati pelbagai kemakmuran termasuk peluang pekerjaan yang lebih baik melalui pelaburan negara yang meningkat. – BERNAMA

Tags: mubarakPilihan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

22/12/2025
0

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd