• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Mansuh Biasiswa JPA – Azalina

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak pernah memansuhkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi 2016, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.65 bilion bagi menanggung penuntut menerusi biasiswa itu.

“Jelas menunjukkan yang kerajaan tidak pernah mengetepikan soal pendidikan, justeru itu, saya berharap semua pihak tidak mempolitikkan isu ini dan mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan demikian berikutan laporan berita bertajuk ‘Kerajaan jimat RM240 juta setahun pembatalan biasiswa’ yang mendapat reaksi banyak pihak.

Azalina berkata walaupun kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat penjimatan RM240 juta daripada langkah itu, namun penajaan untuk penuntut terlibat tetap diteruskan.

Penajaan itu bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi di dalam negara seperti yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas.

Azalina berkata kerajaan masih meneruskan penajaan menerusi biasiswa tajaan JPA kepada seramai 49,060 penuntut yang terdiri daripada 41,324 penuntut di dalam negara dan 7,736 penuntut di luar negara.

“Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai Program Tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd