• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Nasional Pasca 2020 Diadakan Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan satu perbincangan nasional tahun depan bagi mendapat pandangan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda, berhubung arah tuju negara selepas tahun 2020.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perbincangan itu yang bakal diadakan di semua peringkat masyarakat termasuk di daerah, negeri, universiti, kolej dan sekolah, penting kerana Wawasan 2020 tinggal hanya empat tahun sahaja lagi.

“Kita kena mula untuk fikirkan visi untuk 40 tahun akan datang. Apakah matlamat kita pada tahun 2063 apabila ketika itu Malaysia menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Belia Tahunan di sini, hari ini.

Khairy berkata jika Wawasan 2020 merupakan ilham daripada kerajaan, misi negara seterusnya diharapkan diperoleh daripada suara dan harapan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini belum ada acara sukan yang dibatalkan ekoran fenomena El-Nino.

Bagaimanapun, katanya, Institut Sukan Negara telah mengeluarkan nasihat supaya penganjur acara sukan memantau suhu dan mengambil tindakan untuk menghentikan sukan jika perlu. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd