• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat Dibaling ‘Molotov Cocktail’

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rumah seorang daripada Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru, Bangi dekat sini dibaling dengan tiga bom botol atau ‘molotov cocktail’, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemui tiga ‘molotov cocktail’ dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dua daripada botol berkenaan telah pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa.

“Selain itu, mangsa turut menemui tujuh peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada keretanya.

“Polis juga menemui kesan kain terbakar di luar laman rumah berhampiran pagar rumah mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Ghani berkata keadaan rumah mangsa berkunci sepanjang malam dan tidak mempunyai sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Tiada saksi awam yang menyedari kejadian itu. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, sehingga kini polis tidak menemui kesan cap jari di lokasi kejadian.

Abdul Ghani berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat mengikut Sek 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd