• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Larut Jadi Pilihan Ketika Cuaca Panas

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Dikenali sebagai kawasan paling lembap di Malaysia, Bukit Larut di sini menjadi pilihan ramai bersempena cuti sekolah lebih-lebih lagi ketika cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino sekarang.

Walaupun seluruh negara kini berdepan dengan peningkatan suhu sehingga mencecah 35 darjah Celsius, namun di Bukit Larut suhu maksimum yang direkodkan setakat ini adalah 27 darjah Celsius.

Bagi pengunjung dari Johor, Salleh Said, 45, beliau memilih untuk bercuti bersama keluarga di Bukit Larut bukan sahaja disebabkan keadaannya yang dingin tetapi juga keindahan alam sekitar yang menjanjikan ketenangan.

“Walaupun cuaca panas tetapi kesejukan di atas bukit ini masih tidak berubah dan ia menjadi satu daripada tempat yang akan saya lawati jika datang ke Perak,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Turut tidak melepas peluang ‘lari’ seketika daripada bahang cuaca sekarang ialah Suhaila Mohd Ali, 30, yang datang bersama keluarga dari Selangor.

“Saya tertarik dengan apa yang terdapat di sini kerana ia memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak saya,” katanya yang sebelum itu turut melawat Zoo Taiping & Night Safari di sini.

Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill terletak di ketinggian 1,200 meter dari paras laut.

Pengarah Bahagian Pelancongan Pendidikan dan Media Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Hanim Ramly berkata sejak 11 Mac hingga semalam, kira-kira 3,000 orang mengunjungi Bukit Larut.

“Sambutan penggunjung pada musim cuti sekolah ini begitu menggalakkan di kedua-dua tempat itu,” katanya.

MPT mengambil alih pengurusan Bukit Larut daripada Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama sejak awal tahun ini. – BERNAMA

Tags: CuacaPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd