NAMA bayi perempuan paling popular setakat ini di Amerika Syarikat ialah Emma, Olivia dan Ava.
Namun jangan tak tahu, nama Malaysia turut jadi pilihan kebanyakan ibu bapa di negara Uncle Sam untuk diberikan kepada permata hati mereka.
Menurut laman web Ohbaby!names, Malaysia tersenarai antara 1,000 nama popular di kalangan penduduk negara tersebut.
Malaysia yang membawa maksud ‘tempat yang dipenuhi dengan gunung’ dikatakan membawa ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai banyak bakat, idealistik dan berdikari.
Nama Malaysia mula memasuki carta pada tahun 2011 dan sehingga kini ia dikatakan satu nama yang sangat unik dan menarik untuk diguna pakai. – MYNEWSHUB.CC


