• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Buka Pusat Sehenti Ibu Tunggal Di Semua UTC

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang mewujudkan pusat sehenti bagi ibu tunggal di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) mulai Jun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata langkah itu merupakan salah satu inisiatif bagi memudahkan akses kepada ibu tunggal terutama yang ingin mendaftar serta mendapat maklumat mengenai perkhidmatan berkaitan untuk golongan tersebut.

Menurutnya cadangan pusat sehenti itu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal antara lain menawarkan khidmat soal ekonomi, kaunseling dan guaman kepada yang memerlukan di kawasan bandar dan luar bandar.

Mengikut rekod semasa, sejumlah 83,775 ibu tunggal sudah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Siri Jelajah Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Selatan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jumlah yang berdaftar dengan jabatan itu masih kecil berbanding 235,240 ibu tunggal daripada 13.9 juta wanita di Malaysia yang dibanci pada tahun 2010.

Justeru, beliau meminta semua Persatuan Ibu Tunggal dan pihak berkepentingan supaya lebih fokus dalam membantu memastikan ibu tunggal tersenarai dalam pangkalan data jabatan itu.

Sementara itu, mengenai Siri Jelajah Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Selatan, Azizah berkata ia merupakan siri kelima selepas Sarawak, Kedah, Terengganu dan Selangor yang akan kemudian diteruskan ke Pahang serta Sabah, akhir bulan ini.

Katanya segala cadangan, input dan maklum balas daripada sesi dialog bersama peserta pada siri jelajah itu akan dikumpul dan diteliti sebelum dikemukakan kepada pasukan petugas Pelan Tindakan Pemerksaan Ibu Tunggal 2015-2020.

Pelan berkenaan merangkumi 18 langkah strategik berasaskan tiga teras utama iaitu memperkasa ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial serta meningkatkan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan golongan ibu tunggal di Malaysia. – BERNAMA

Tags: UTCWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd