• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Di Peringkat Akhir Bincang Bayaran Pampasan Dengan Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

BALING: Pengurusan tertinggi Tabung Haji (TH) akan ke Arab Saudi April ini bagi membincangkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa yang cedera dan waris jemaah haji yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia adalah perbincangan terakhir dengan kerajaan Arab Saudi, setelah beberapa proses dan fasa perbincangan dibuat sebelum ini.

“Kita sedar ia ambil masa memandangkan kes yang berlaku memerlukan pihak Arab Saudi meneliti dari semua aspek kerana kes terbabit melibatkan banyak negara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Dewan Umno Pekan Tawar.

Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Mengulas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang mendakwa usaha kerajaan negeri memberi bantuan barangan makanan secara sekali sahaja sebagai gula-gula politik, Azeez berkata biarlah rakyat yang menilai sendiri pemberian itu.

Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling menjelaskan, ia sebenarnya adalah satu daripada usaha kerajaan negeri membantu golongan yang terbeban dengan kos sara hidup dan penurunan harga komoditi iaitu getah bagi kelangsungan hidup.

“Ini bukan gula-gula politik tetapi ini satu usaha membantu golongan miskin dan ia akan dilakukan secara berterusan. Biar rakyat yang menilai prestasi kerja kita melalui pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan pemberian bantuan sara hidup secara sekali sahaja kepada 20,000 rakyat negeri ini bermula akhir Mac ini.

Pemberian bantuan itu dibuat bagi membantu meringankan bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup. – mStar Online

Tags: Arab SaudiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd