• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Deklarasi Mahathir’ Hanya Gimik, Main Sentimen Rakyat

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – ‘Deklarasi Mahathir’ hanya gimik dan bermain dengan sentimen rakyat untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata negara ini mempunyai sistem demokrasi yang berlandaskan kepada pilihan raya dan perlembagaan untuk menentukan “naik turunnya” seseorang perdana menteri.

“Dalam negara kita, naik turun perdana menteri itu ada kaedah tertentu dan kalau kita buat kerja di luar kaedah sedangkan kita bekas perdana menteri yang sepatutnya lebih faham, saya khuatir itu akan menjejaskan kewibawaan Tun Dr Mahathir sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan masyarakat Tiong Hua sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Tokong di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR, memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Mengenai PAS yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac ini, Annuar berkata ada pihak yang cuba meniru konsep Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan parti-parti politik yang mewakili semua kaum.

“Sejarah membuktikan kita sebuah parti dalam pakatan yang sangat tulen, masuk pilihan raya dengan hanya satu lambang sahaja berbanding sesetengah parti dia bergabung tetapi apabila masuk pilihan raya atas lambang masing-masing, kemudian dia bergaduh selepas pilihan raya,” katanya dengan menambah konsep yang diamalkan BN adalah satu konsep yang utuh.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau tidak menamakan parti itu. – BERNAMA

Tags: Deklarasi Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Tandatangan Deklarasi Rakyat Gugat Keamanan Negara

02/06/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera harini berikutan isu pemalsuan nama dan kegiatan jual beli data...

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

31/05/2016
0

KUALA TERENGGANU - Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd