• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditangguh, Ketua Puteri UMNO Terengganu Akan Tetap Ditukar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO Terengganu, Rozita Ismail akan ditukar dan pelantikan baharu akan diumumkan kemudian, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mesyuarat pengurusan pergerakan itu pada Isnin lepas telah memutuskan untuk menukar Rozita.

“Bagaimanapun bila ambil kira apa yang berlaku di Terengganu, saya ambil keputusan untuk menangguhkan pelantikan tersebut. Tukar tetap tukar tapi saya tangguhkan dulu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada surat perlantikan Ketua Puteri UMNO Bahagian Besut, Erniesalwani Saidi sebagai Ketua Puteri UMNO Terengganu baharu yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Mas Ermieyati berkata pertukaran pucuk pimpinan Puteri UMNO negeri adalah perkara biasa dan sudah berlaku sejak zaman kepimpinan terdahulu.

“Diharap mereka akan terus berjiwa besar dan istiqamah dalam perjuangan,” katanya.

Sementara itu, di Terengganu, Rozita, yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, berkata beliau dimaklumkan mengenai pertukaran tersebut menerusi panggilan telefon daripada setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Pusat hari ini.

Namun, katanya beliau belum menerima sebarang notis berhubung perkembangan penangguhan pertukaran itu.

“Saya akur dan menerima sebarang keputusan dengan rasa hormat dan saya percaya ia telah ditimbang secara adil dan saksama walau apapun jua sebabnya,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd