• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empangan Di Pulau Pinang Susut Ekoran Cuaca Kering

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino sekarang menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di negeri ini susut dengan ada yang dilapor hanya mampu bertahan 77 hari lagi sekiranya hujan tidak turun.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata bagaimanapun kapasiti air masih berada pada tahap stabil.

Beliau berkata tahap air di Empangan Air Itam ialah 78.9 peratus dan di Empangan Teluk Bahang sebanyak 74.2 peratus, masing-masing susut daripada 85.3 peratus dan 79.1 peratus yang dicatat 16 Feb lepas.

Sementara di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam, ia pada paras 92.9 peratus, tambahnya.

“Rizab air di Empang Air Itam masih mampu bertahan 77 hari lagi tanpa hujan, manakala rizab di Teluk Bahang boleh bertahan sehingga 226 hari.

“Kami menjangkakan Pulau Pinang akan mendapat hujan bermula pertengahan bulan April,” katanya kepada Bernama.

Jaseni berkata paras air di Sungai Muda berada pada 2.41 meter.

Beliau berkata PBAPP sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga walaupun bekalan air di negeri ini berada pada paras stabil.

“PBAPP sentiasa mengamal strategi menyimpan rizab air setiap tahun sebelum perayaan Krimas kerana musim kemarau di utara akan bermula setiap tahun selepas tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata PBAPP juga sentiasa mencari peluang bekerjasama dengan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi memastikan kelestarian bekalan air.

Pulau Pinang telah lama tidak mendapat hujan iaitu daripada 16 Feb hingga 6 Mac dan kali terakhir hujan terutama di kawasan empangan ialah pada Isnin lepas.

“Kami ingin meminta kerjasama penduduk Pulau Pinang supaya menggunakan air dengan berhemah dan hentikan pembaziran air ketika menghadapi musim panas ini,” katanya.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca diramal kembali normal pada bulan Jun. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd