• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debaran JDT, Terengganu Di Larkin, Malam Ini

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Segenap mata pasti tertumpu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) menanti kunjungan Terengganu untuk perlawanan suku akhir kedua, Piala Malaysia, malam ini.

Tumpuan pasti bukan saja disebabkan pertembungan yang dijangka akan berlangsung panas dan sengit, namun kontroversi di luar padang yang menambah rencah belum pun perlawanan dilangsungkan.

Dihangatkan lagi dengan isu penangguhan perlawanan yang membuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak senang duduk, ia tambah panas dengan isu tiket beberapa hari sebelum perlawanan berlangsung.

Dan belum pun isu tiket selesai sepenuhnya, timbul khabar angin JDT mahu ketika ini sedang ‘mengganggu’ beberapa pemain Terengganu yang menghangatkan lagi pertembungan kedua-dua jaguh ini.

Ia pantas mencetus perang mulut bukan saja kepada ‘orang kuat’ kedua-dua pasukan, malah penyokong yang bertarung hebat terutama di laman sosial.

Menariknya, kedua-dua pasukan dianggap memiliki peluang sama rata selepas seri 0-0 pada aksi pertama di Kuala Terengganu.

Sekalipun dianggap memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, JDT tidak boleh mendabik dada kerana sebarang keputusan seri dengan kedudukan 1-1 sudah mampu membuatkan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan berprestij itu.

Dalam dua pertembungan di Liga Super, JDT yang juga juara liga tidak mampu mencapai kemenangan mutlak terhadap Terengganu dengan rekod satu kemenangan dan satu kekalahan.

Begitupun, kemenangan 4-3 di Larkin pada aksi Jun lalu jelas memberi sedikit kelegaan namun perlu diingat, saingan Piala Malaysia jauh berbeza berbanding aksi liga.

Dan situasi itu pantas membuatkan pengendali JDT, Bojan Hodak enggan anak buahnya melakukan sebarang kesilapan besar mahupun kecil dan tidak mempertikaikan kemampuan lawan.

Ini kerana ketika saingan memasuki tahap ini, tiada apa yang mustahil seperti dilakukan Kedah yang menyingkirkan finalis tahun lalu, Kelantan dengan bergaya sekalipun tumbang di laman lawan.

“Saya percaya pemain saya sudah bersedia menjalankan tugas masing-masing namun saya tetap mengingatkan mereka supaya jangan leka kerana Terengganu adalah pasukan yang berbahaya,” katanya.

Lebih memberi kelegaan buat jurulatih kelahiran Croatia ialah hampir kesemua pemain utamanya disahkan mampu diturunkan.

Bagi pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim pula, pengalaman yang dimilikinya membuatkannya tidak cepat melatah dan fokus dalam usaha menurunkan barisan terbaik menentang JDT.

“Tugas saya adalah untuk memastikan kesebelasan yang diturunkan Terengganu memiliki motivasi yang tinggi kerana perlawanan genting seperti ini semua pemain perlu fokus 90 minit permainan.

“Jika pemain dapat memberi tumpuan yang penuh dan turun dengan semangat berpasukan, saya yakin kita mampu memperoleh kejayaan,” kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Menanti lawan yang memenangi perlawanan malam ini ialah FELDA United yang sebelum ini gah menumbangkan Gergasi Merah.

PIALA MALAYSIA

Suku akhir kedua

Malam ini

JDT (0) mln Terengganu (0)

(Std Larkin, 8.45 mlm)

(Nota: Keputusan suku akhir pertama dalam kurungan) – BH Online

Tags: JDTPBSNT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd