• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN: Baucar Ganti Cek

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baucar akan diberikan kepada pembayar cukai individu yang enggan mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pembayaran balik cukai terlebih bayar.

Pengarah Jabatan Korporat LHDN, Marina A. Aziz berkata, pembayaran balik cukai menggunakan baucar akan diperkenalkan mulai 1 April, menggantikan cek.

Beliau berkata terdapat kos untuk mengeluarkan setiap cek selain wujudnya cubaan penipuan tuntutan.

Lima kes penipuan dikesan tahun lepas melibatkan pembayaran balik berjumlah kira-kira RM200,000.

“Ada yang memberikan alamat palsu sementara yang lain memberikan alamat yang tidak lengkap dan menyebabkan cek itu ditolak,” kata Marina.

Sistem baucar akan menjimatkan LHDN sebanyak kira-kira RM250,000 bagi kos mengeluarkan cek setiap tahun.

“Kami menggalakkan pembayar cukai untuk memberikan nombor akaun bank mereka kerana ia memudahkan urusan transaksi elektronik. Namun bagi mereka yang enggan mendedahkan nombor akuan, kita akan mengeluarkan baucar,” katanya.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan pembayar cukai individu, tidak termasuk anggota tentera dan polis.

Baucar hanya boleh ditunaikan atau dikreditkan ke akaun bank pembayar cukai di CIMB Bank atau CIMB Islamic.

Marina berkata kira-kira 350,000 pembayar cukai enggan mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada LHDN kerana ia adalah maklumat peribadi yang sensitif dan sulit.

Walau bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa maklumat yang disimpan oleh LHDN adalah sulit dan rahsia serta hanya akan digunakan bagi tujuan pembayaran balik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasil.gov.my. – mStar Online

Tags: LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd