BRISBANE – Seorang wanita berusia 30 tahun di Australia berdepan dengan dakwaan menyebabkan kemudaratan pada tubuh badan dengan sengaja.
Dilaporkan, wanita tempatan itu telah bertindak ganas menikam alat sulit seorang lelaki berusia 60 tahun di rumahnya di Biggenden dekat sini.
Lelaki malang itu terpaksa menerima rawatan awal di dalam ambulans semasa dalam perjalanaan ke hospital Queensland pada malam Ahad lalu.
BACA:   Wanita Ditikam 80 Kali Hingga Pisau Bengkok
JUGA:  Wanita Tikam Mata Lelaki Dengan Kasut Mewah
LAGI: Diheret Wanita Ke Kebun Sebelum Zakar Dipotong
Menurut kakitangan hospital yang berada dalam ambulans tersebut, kemungkinan berlaku pergaduhan antara wanita dan mangsa, tetapi punca pergaduhan masih belum diketahui.
Wanita itu dijadualkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Maryborough pada 23 Mac ini dan bakal berdepan dengan hukuman penjara.
Mengikut siasatan awal pihak polis, lelaki dan wanita itu mengenali antara satu sama lain. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ATDC32eh4p4]

