• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Audit 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menjadi dokumen rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata perkara itu dijelaskan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada mesyuarat PAC hari ini.

“Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga PAC membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di Parlimen,” kata Hasan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Penjelasan itu dibuat berikutan berlaku kekeliruan berhubung status Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas pembentangan oleh Ketua Audit Negara kepada PAC, pada Jumaat lepas.

Pada mesyuarat itu, PAC menyifatkan Ketua Audit Negara berhak dan mempunyai kuasa perundangan untuk mengklasifikasikan laporan akhir itu sebagai dokumen rahsia bagi mengelakkan ia dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab sehingga memberikan perspektif negatif terhadap Jabatan Audit Negara dan PAC.

Hasan turut menjelaskan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB oleh PAC adalah berbeza dengan Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan ke Parlimen setiap tahun sebelum ia menjadi dokumen awam.

Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dibentangkan kepada PAC selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 5 Mac 2015 yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd