• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Wanita Mengandung Antara Cuba Seludup Keluar Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Tiga wanita mengandung sanggup bergadai nyawa berhimpit-himpit di dalam sebuah bot pom-pom bersama 36 warga Indonesia yang lain untuk keluar dari negara ini secara haram.

Bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang di perairan Tanjong Karang dekat sini dalam operasi pukul 3.30 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, DSP Ahmad Shafiki Hussin berkata selain tiga wanita terbabit, lima lagi wanita serta 31 lelaki termasuk seorang tekong dan dua awak-awak turut ditangkap.

“Ketika ditahan, bot pom-pom atau bot pukat hanyut berkenaan sedang dalam perjalanan dari sebuah jeti di Tanjong Karang menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

“Kami telah jalankan risikan kira-kira seminggu lepas hasil maklumat orang awam. Siasatan mendapati mereka dipercayai akan ditransit di tengah laut untuk menaiki bot lain sebelum sampai ke destinasi mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Shafiki berkata ada antara penumpang bot yang berumur 20 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ada antara mereka didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Katanya tekong dan awak-awak berumur lingkungan 29 hingga 49 tahun itu pula merupakan pendatang asing tanpa izin dan disyaki masuk ke negara ini untuk menyeludup keluar warga Indonesia terbabit.

Ahmad Shafiki berkata kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam pada itu, beliau berkata PPM Pelabuhan Klang berjaya mematahkan 191 kes pelbagai kesalahan maritim sepanjang tahun lepas.

Tambah Ahmad Shafiki, pihaknya turut menggagalkan 10 kes penyeludupan migran pada tahun 2015 dan kes hari ini merupakan tangkapan pertama dalam tempoh dua bulan tahun ini.

“Kami akan terus meningkatkan operasi memantau perairan negara dalam mengekang sebarang pelakuan jenayah rentas sempadan.

“Malah orang ramai juga disaran menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu kami membendung kegiatan haram seperti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: seludupWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd