• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sumatera: 80 Pelajar Malaysia Di Universiti Andalas Selamat

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 pelajar Malaysia di Universiti Andalas di Padang, Indonesia, kini berada dalam keadaan selamat meskipun berhadapan dengan gegaran gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku di barat daya Sumatera pada 8.49 malam Rabu.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia, L. Gunaseelan, 26, berkata, ketika gempa melanda kawasan itu, beliau bersama beberapa rakannya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini dan ketika kejadian kami berasa panik melihat makanan di atas meja bertaburan dan jatuh ke lantai dan dalam beberapa saat pelanggan di dalam restoran itu menjerit dan lari keluar daripada bangunan restoran.

“Saya juga turut merasakan bangunan restoran setingkat itu seakan-akan bergerak ke kiri dan ke kanan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Katanya, walaupun berada dalam keadaan kelam-kabut namun beliau dan rakan-rakan masih mampu bertenang dan segera kembali ke kediaman dan mengambil barang-barang penting serta bergerak ke suatu tempat berkumpul yang jauh dari kawasan pantai.

Menurut beliau, kesemua pelajar telah dimaklumkan dengan situasi yang berlaku menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan keadaan semasa serta perkara yang harus dilakukan selepas kejadian gempa.

Pada pukul 9.30 malam waktu tempatan, mereka mula berkumpul di kawasan lapang iaitu kira-kira 10km dari kawasan pantai di Padang.

Stesen televisyen tempatan TVRI memaklumkan pihak berkuasa telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan susulan gempa bumi kuat itu.

“Meskipun amaran tsunami ditarik balik, kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan bag berisi pasport dan makanan.

“Kami juga terus berada di kawasan berkenaan selama sejam sebelum kembali beredar ke kediaman masing-masing,” kata Gunaseelan yang merupakan pelajar tahun kelima kursus perubatan di universiti itu.

Gunaseelan turut memaklumkan setakat ini tiada pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan dan dari semasa ke semasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di Indonesia bagi mengetahui situasi semasa.

Sementara itu, seorang lagi pelajar perubatan dari univerisiti yang sama, R. Shaktipriya, 21, turut merasai gegaran kuat ketika sedang berkumpul bersama rakan di sebuah kedai makan.

“Saya segera berlari ke kaki bukit berdekatan untuk mendapatkan perlindungan,” katanya.

Beliau dan rakan-rakan bagaimanapun berada dalam keadaan selamat. – BERNAMA

Tags: gempa bumiIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd