• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Selar WSJ Kerana ‘Mengulangi Dakwaan Tak Terbukti’

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad hari ini menyelar Wall Street Journal kerana mengulangi “dakwaan yang tidak terbukti”.

Ia memberi respons terhadap artikel WSJ yang mendakwa bahawa lebih daripada US$1 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan “sebahagaian besarnya” datang dari 1MDB.

Dalam satu kenyataan di sini, 1MDB berkata ia sentiasa menegaskan bahawa ia tidak pernah memasukkan apa-apa dana ke dalam akaun Perdana Menteri.

“Ini dijelaskan juga oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara Malaysia, serta beberapa penerbitan antarabangsa yang terkenal yang mengesahkan bahawa dana-dana itu datang dari Arab Saudi.

“Namun, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan sama yang tidak dibuktikan,” kata 1MDB.

Kenyataan itu berkata WSJ tidakpun mengemukakan bukti konklusif bagi menyokong dakwaannya tetapi terus menyerang dengan maklumat yang ia dakwa telah didapatkan daripada sumber tidak dinyatakan nama atau tidak dikenali.

Bergantung pada sumber tidak dikenali, yang mungkin wujud atau tidak, menunjukkan “ceteknya standard kewartawanan asas” WSJ dan penerbitan itu langsung tidak mempunyai “gaya pemberitaan yang seimbang”, kata 1MDB. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]brqz9Hn4Ov4[/wpdevart_youtube]

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

06/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diungkap menjelang...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd