APABILA doktor memberitahu Norma Leo, 90, bahawa dia menghidap kanser rahim, wanita warga emas ini memutuskan untuk mengembara seluruh dunia berbanding mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu.
Alasan yang diberi Norma kepada doktor ialah ‘saya sudah 90 tahun, saya menuju ke penghujung jalan,’’.
Suaminya Leo, telah meninggal dunia akibat kanser baru-baru ini, justeru Norma merasakan dia tidak lagi boleh menetap di rumahnya.
Pesara dari Michigan ini kini telah mengembara selama enam bulan dalam van bersama dengan anak lelakinya, Tim dan Ramie.
Dia juga telah melawat seluruh Amerik Syarikat, Eropah dan China.
Tidak mengejutkan apabila doktor menggalakkan keputusan Norma itu kerana pembedahan yang dirancang ke atasnya boleh membunuh Norma sebenarnya.
“Dia tidak berada dalam kesakitan ketika ini, mindanya masih kuat, dia suka mengembara dan senang untuk dibawa ke sana sini.
“Kami telah menerangkan kepada doktor bahawa kami tinggal dalam van dan kami akan membawanya ke mana sahaja dia ingin pergi,’’ kata anaknya Ramie. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]zwEmPdAdJd8[/wpdevart_youtube]

