• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Label Ayat Ruqyah, Sunnah Pada Produk – Jakim

oleh
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan terma ‘ayat ruqyah’, ‘makanan sunnah’ dan seumpamanya pada pelabelan produk bagi pengesahan status halal.

Ini termasuk pada sebarang bentuk pengiklanan dan promosi ke atas produk terbabit selepas layak menerima sijil halal yang sah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata produk dilabelkan terma itu sering digunakan sesetengah pengusaha sebagai pelan pemasaran namun ia dikhuatiri boleh mengundang penipuan ke atas pengguna yang percaya produk itu lebih berkesan.

Malah ujar Othman, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada November tahun lalu turut memutuskan bahawa penggunaan ayat ruqyah pada sesuatu produk bagi tujuan komersial tidak dibenarkan.

Ini juga meliputi penyalahgunaan ayat istimewa berkenaan yang sering terdapat pada pelabelan bungkusan produk, bentuk pengiklanan atau promosi dilakukan syarikat terbabit setelah berjaya memperoleh sijil halal.

sunnah
Contoh makanan Sunnah. – Gambar hiasan

“Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ atau makanan serta minuman yang didakwa sebagai dibacakan ayat al-Quran tertentu atau diruqyahkan sering kali disebut konon sebagai makanan terbaik untuk kesihatan.

“Selain itu, pihak Jakim mendapati ada produk yang menggunakan air zam zam sebagai ramuan utama campuran, namun kuantitinya amat sedikit dan kemudian ia dinyatakan pula sebagai ramuan pada label produk tersebut.

“Tindakan ini kemungkinan besar menyebabkan berlaku penipuan kepada orang ramai yang menganggap produk itu lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran dan zikir serta doa tertentu,” jelas beliau.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu, Othman berkata, pekeliling mengenai peraturan itu sudah dikuat kuasa pada 15 Februari lalu ia dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Justeru, semua syarikat tempatan atau pemohon pensijilan halal Malaysia perlu mematuhi dan mengambil maklum mengenai pelaksanaan pekeliling terbaharu ini,” tegas beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Isu ‘Tiada Babi’ – Jakim Tiada Kuasa Ambil Tindakan

Juga: Majlis Halal Malaysia Kemudi Industri Halal Negara

Lagi: Malaysia Promosi Produk Halal Kesemua Negara TPPA

Tags: HalalJakim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd