• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Tampil 7 Datuk

oleh AK-47
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk Leonard Tan dan Datuk Rossa yang bakal beraksi di Panggung Sari Istana Budaya pada 27 Februari ini.

1siti-nurhaliza

pix_topright

Dengan terjualnya tiket yang berharga RM5,000, Istana Budaya mencipta sejarahnya yang tersendiri. Konsert yang bakal berlangsung ini menampilkan tujuh artis dengan gelaran datuk.

Penaung konsert itu, Adinda Sultan Pahang, Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Sir Abu Bakar, menyatakan sambutan yang diberikan menggalakkan dan tiket termahal berjaya dijual selepas beberapa hari penjualan dibuat.

Selain tidak menyangka dengan sambutan hangat itu, penaung diraja konsert berkenaan, turut meluahkan rasa bersyukur di atas perkembangan tersebut.

“Alhamdulillah, Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada mendapat sambutan yang luar biasa sehingga tiket berharga RM5,000 habis dijual.

“Dengan sambutan luar biasa begini, ia sekali gus memartabat kedudukan Istana Budaya sebagai panggung bertaraf dunia dan berprestij.

Tengku Kamaruzzaman juga menyatakan konsert tersebut cukup istimewa kerana ia menampilkan tujuh barisan penyanyi yang  telah menerima Darjah Kebesaran  daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah konsert ini menampilkan tujuh nama penyanyi yang menerima Darjah Kebesaran daripada KDYMM Sultan.

Selain konsert, sebuah pameran Diraja juga turut diadakan secara percuma selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 Februari ini di ruang legar, Istana Budaya sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-85 tahun.

Pameran yang diadakan adalah sebagai medium untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia tentang sumbangan dan kepentingan Institusi Raja dalam pembangunan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YhyJlREJhtY]

Tags: Istana BudayaKonsertRaja
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd