• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terkorban Serangan Bom Kereta Di Ankara

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden serangan bom kereta di Ankara, Turki, pada Rabu, menurut Kementerian Luar hari ini.

Kenyataan Wisma Putra di sini menyebut Kedutaan Malaysia di Ankara berhubung rapat dengan rakyat Malaysia, termasuk pelajar, yang berada di negara berkenaan.

“Kementerian Luar menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau keadaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin dan melawat Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta persekitaran mereka.

Mereka juga diminta supaya terus memantau dan mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan Turki.

Wisma Putra berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta, yang mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain, serta merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga serta mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

“Kerajaan Malaysia menyifatkan serangan itu sebagai tindakan keganasan yang amat kejam dan pelakunya perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]t-y1mQqkz0Q[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Nafi Sertai Semula PH, “Berhati-hati Berita Golongan Fasiq” – Azmin

Bersatu Nafi Sertai Semula PH, “Berhati-hati Berita Golongan Fasiq” – Azmin

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri,...

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd