• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Utamakan Rakyat Walau Harga Minyak Merudum

oleh Ahmad Albab
17/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kejatuhan harga minyak mentah dunia tidak menjejaskan usaha Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu rakyat yang memerlukan bantuan terutama mereka yang ditimpa bencana alam.

Sebubungan itu Petronas hari ini menghulurkan sumbangan keperluan harian seperti makanan, pakaian dan peralatan membersihkan rumah, bernilai kira-kira RM21,000 kepada Kampung Pantai Kundur di sini, yang dilanda ombak besar Laut China Selatan baru-baru ini.

Seramai 17 keluarga yang rumah mereka rosak teruk dibadai ombak besar serta ditimbusi pasir menerima sumbangan berkenaaan.

Turut menerima sumbangan ialah 50 keluarga miskin di perkampungan nelayan berkenaan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata dalam keadaan harga minyak mentah dunia jatuh merudum, Petronas terus meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan.

“Kejatuhan harga minyak tidak menyebabkan kita menghentikan usaha untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di kampung itu, hari ini.

Wan Mohd Hasnan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penduduk terbabit.

Sementara itu, Ketua Jajahan Kota Baharu, Ahmad Robert Abdullah berkata pihaknya sedang berusaha untuk membina rumah baharu di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur di sini untuk 17 keluarga mangsa ombak besar itu.

Beliau juga berharap kerajaan persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina benteng di sepanjang pantai kampung itu bagi menghalang ombak besar dan mencegah hakisan pantai.

Seorang penduduk, Mat Zin Ali, 62, berharap kerajaan segera membina benteng bagi menghalang ombak besar melanda rumahnya yang dihuni bersama isteri dan sembilan anak.

“Saya dan keluarga bersyukur dengan keprihatinan pelbagai pihak termasuk Petronas yang tampil membantu meringankan kesusahan kami ini,” katanya yang merupakan Orang Kelainan Upaya. – BERNAMA

Tags: petronasrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd