Tan Sri Mohd Bakke Salleh telah menafikan menyatakan bahawa RM2.6BIL datang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdapat khabar angin, fitnah dan spekulasi yang disebarkan melalui laman sosial mendakwa sebahagian daripada keterangan beliau kepada Jawatankuasa Pemeriksa Wang Awam (PAC).
Mohd Bakke berkata beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan yang bermaksud demikian dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Pemeriksa wang(PAC) dalam siasatan 1MDB.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0puK_V-kLtE]
Menurut beliau,keterangan dengan PAC tidak pernah dibincangkan dimana-mana media sosial dan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.
Mohd Bakke berkata akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan tidak akan teragak-agak akan mengenakan tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak atau sesiapa yang melakukan penyebaran ini.
Beliau juga menasihatkan kepada pengguna-pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat, berita atau spekulasi. Setiap berita atau perkara yang hendak disebarkan mestilah disahkan dari sumber-sumber yang sahih dan berwibawa.


