• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bincang Roboh Daerah Maksiat Minggu Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Polis akan mula berbincang dengan pegawai bandar raya ini berhubung rancangan merobohkan penempatan haram di kawasan pelacuran di Kalijodo minggu ini.

Pentadbiran Jakarta sebelum ini berkata, ia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mengusir setinggan dari daerah yang terletak di tebing sungai di Jakarta Utara dan pada masa sama menutup kompleks pelacuran.

“Kita tidak mahu Jakarta mempunyai kawasan jenayah dan maksiat seperti di Kalijodo. Kerana itu saya menyokong penuh rancangan berkenaan.

“Tindakan yang akan diambil akan dibincangkan minggu ini,” kata Inspektor Jeneral Tito Karnavian.

Menurut Tito, pihaknya akan mengerahkan seberapa ramai anggota keselamatan untuk membantu rancangan itu, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan samseng di situ,” kata Tito.

Rancangan untuk memusnahkan daerah maksiat itu timbul minggu lalu selepas kemalangan jalan raya yang meragut empat nyawa.

Seorang pemandu kereta, Riki Agung Prasetio mabuk selepas minum arak dan berpeleseran di Kalijodo sebelum melanggar empat mangsa ketika dalam perjalanan pulang.

Sementara itu, laporan lain menyatakan, Kalijodo mula dikawal ketat oleh kumpulan samseng yang mahu menghalang tindakan pihak bekuasa memusnahkan penempatan maksiat itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indonesiapelacuran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd