• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Rampasan Op Dadu Bernilai RM3.5 Juta Dilupuskan

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju hari ini melupuskan mesin judi bernilai RM3.5 juta hasil rampasan dalam Operasi Dadu sejak 2014 hingga Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata antara barangan yang dirampas menerusi 467 serbuan sepanjang tempoh itu ialah 2,117 komputer dan wang tunai berjumlah RM55,000.

“Barangan yang dilupuskan hari ini telah mendapat perintah mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Roy berkata sepanjang tempoh itu juga, seramai 855 individu telah ditahan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Roy berkata polis akan mengambil keterangan seorang guru wanita yang menjadi mangsa tikam pada Isnin lepas, dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Suami mangsa memaklumkan yang isterinya (mangsa) sudah kembali stabil dan sedia memberikan keterangan kepada polis,” kata Mohd Roy.

Media sebelum ini melaporkan Khariah Hashim, 49, cedera parah ditikam anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di sebuah rumah di Jalan  Rejang, Setapak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ioul8wVP_XM[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd