• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Duta Malaysia Ke Switzerland Tiba Petang Tadi

oleh Ahmad Albab
07/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor.

Jenazah allahyarham, yang dibawa pulang ke tanah air dengan penerbangan Lufthansa Airlines LH0782 dari Frankfurt, mendarat di KLIA pada 5.19 petang dan tiba di anjung Kompleks Bunga Raya KLIA pada 6.35 petang.

Turut hadir di Kompleks Bunga Raya KLIA ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim, Duta Besar Switzerland ke Malaysia Michael Winzap serta para pegawai Wisma Putra.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, diplomat veteran Tan Sri Razali Ismail dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Tan Sri Rastam Isa.

Tengku Abdullah kemudian mengucapkan takziah kepada anggota keluarga allahyarham.

Selepas itu, jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad KLIA untuk solat jenazah selepas solat Maghrib.

Pada 8.10 malam, kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham bertolak ke Muar, Johor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan KITA, Batu 1 3/4, Jalan Bakri malam ini.

Mohd Zulkephli, 57, meninggal dunia di Berne pada 3 Feb lepas. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak.

Allahyarham mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia pertama ke Turkmenistan pada Julai 2012.

Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.

Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Koo0oHSzMgU[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd