• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Terus Tingkat Hubungan Dengan ASEAN

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL (Korea Selatan) – Rantau ASEAN, yang stabil dan makmur, menarik perhatian dunia apabila banyak negara ingin menjalin hubungan dengan persatuan 10 negara Asia Tenggara itu demi kepentingan dua hala dan pelbagai hala.

Dengan kedudukan strategiknya antara dua kuasa besar dunia iaitu India dan China, rantau ASEAN juga dianggap sebagai kawasan yang strategik daripada segi pelaburan dan diplomasi.

Melihatkan kepada kelebihan rantau ASEAN termasuk pasaran 600 juta penduduk dan peluang dagangan yang banyak, Korea Selatan terus berusaha meningkatkan lagi hubungan ekonomi dan diplomatik sedia ada dengan rantau itu.

Antara usaha terbaru yang diambil oleh Korea Selatan adalah penganjuran Sidang Kemuncak Ulang Tahun Dialog ASEAN-Republik Korea Ke-25 di Busan pada Disember ini.

Bagi Korea Selatan, hubungan yang lebih mendalam dan meluas mencakupi pelbagai bidang bersama ASEAN adalah penting memandangkan nilai dagangan negara itu dan pelaburan langsung (FDI) dengan rantau berkenaan masing-masing berjumlah RM440 bilion (US$135.3 billion) dan RM12.3 bilion (US$3.8 billion) pada 2012.

Malah sehingga Jun tahun ini, ASEAN adalah destinasi FDI yang terbesar bagi Korea Selatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM7 bilion (US$2.3 bilion).

HUBUNGAN MELUAS

Bagaimanapun, hubungan kukuh Korea Selatan dengan ASEAN selama ini tidak hanya berlandaskan kepentingan dagangan semata-mata malah menjangkau hingga ke tahap hubungan kebudayaan dan pendidikan yang menjurus ke arah memakmurkan negara membangun di rantau itu.

Contohnya, pada April 1991, Agensi Kerjasama Antarabangsa Korea (KOICA) ditubuh dengan tujuan menyediakan geran dan bantuan bagi menyokong usaha pembasmian kemiskinan.

Pada tahun ini sahaja, peruntukan KOICA berjumlah lebih RM1.5 bilion (US$541 juta) untuk membiayai pelbagai aktiviti di 44 buah negara dan laporan KOICA pada 2013 menunjukkan bahawa 47 peratus daripada peruntukan agensi itu digunakan di Asia.

Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Asia Selatan dan Pasifik Kementerian Luar Korea Selatan, Suh Jeong-in berkata buat masa ini hubungan Korea Selatan-ASEAN berada dalam tahap terbaik.

Suh berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kedatangan 30 wartawan dari negara-negara ASEAN yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu baru-baru ini.

Perkongsian dan persahabatan ini akan terus berkembang semasa ASEAN mengorak langkah ke arah pelancaran ‘Komuniti ASEAN’ pada tahun hadapan, memandangkan akan wujud lebih banyak bidang dan cara untuk kedua-dua belah pihak bekerjasama.

Korea bekerjasama dengan rantau itu khususnya berhubung “ASEAN Connectivity” tetapi kerjasama kami akan menumpukan kepada satu dimensi menarik semasa pembentukan Komuniti-ASEAN”, katanya.

HUBUNGAN ANTARA PENDUDUK

Daripada segi hubungan rakyat Korea Selatan dan ASEAN, jumlah rakyat Korea Selatan yang berkunjung ke rantau itu pada tahun lepas ialah 4.3 juta orang atau 33 peratus daripada 14.8 juta rakyat negara itu yang ke luar negara pada tahun berkenaan.

Sehingga Jun tahun ini pula, seramai 1.5 juta rakyat Korea Selatan sudah mengunjungi ASEAN berbanding 2.4 juta rakyat negara itu yang ke luar negara dalam tempoh berkenaan.

Dalam tempoh hingga Jun tahun ini juga, jumlah penduduk ASEAN yang berkunjung ke Korea Selatan adalah seramai 865,919 orang daripada keseluruhan 7.6 juta rakyat negara asing yang berkunjung ke Korea Selatan.

Berdasarkan senario ini, adalah jelas hubungan penduduk antara kedua-dua belah pihak terus diperluas dan berkembang.

SIDANG KEMUNCAK ULANG TAHUN DIALOG ASEAN-REPUBLIK KOREA     

Sementara itu, Sidang Kemuncak Ulang Tahun Dialog ASEAN-Republik Korea dijadualkan dari 11-12 Dis, 2014 di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Busan (BEXCO). Acara ini dijangka dihadiri semua pemimpin ASEAN serta kira-kira 3,000 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan para Ketua Pegawai Eksekutif dari rantau ASEAN dan Korea Selatan sendiri.

Slogan persidangan yang dipilih iaitu “Membina Kepercayaan Membawa Kebahagiaan” jelas menggambarkan komitmen kukuh serta kesungguhan Korea Selatan untuk membina persahabatan sejati dengan ASEAN demi kemakmuran bersama.

Sidang ini boleh dikatakan membuka ruang dan peluang bagi ASEAN dan Korea Selatan untuk melihat potensi-potensi kerjasama baru yang boleh diteroka untuk kepentingan semua pihak. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd