• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Akibat Kanser

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13.02 peratus daripada rekod kematian di hospital kerajaan dan 25.53 peratus di hospital swasta pada tahun 2014 adalah disebabkan oleh penyakit kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, kematian akibat kanser memberi impak negatif terutama daripada segi ekonomi kepada keluarga dan masyarakat serta mengurangkan produktiviti negara.

Justeru, katanya, tema Sambutan Hari Kanser tahun ini “Kami Boleh, Saya Boleh” menekankan bahawa setiap organisasi dan individu boleh memainkan peranan dalam mencegah dan mengawal kanser.

“Kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan juga di hospital-hospital swasta di seluruh negara.

“Satu pertiga daripada penyakit kanser boleh dicegah, manakala satu pertiga boleh dirawat dengan baik sekiranya dikesan pada peringkat awal,” katanya dalam satu perutusan bersempena Sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari 2016.

Subramaniam berkata, faktor-faktor risiko penyakit kanser serupa dengan faktor risiko penyakit tidak berjangkit lain iaitu gaya hidup tidak aktif, tabiat merokok, amalan pemakanan kurang sihat, berlebihan berat badan atau obes dan pengambilan alkohol.

Kata beliau, selain daripada pencegahan, pengesanan kanser pada peringkat awal amat penting kerana ia memberi peluang untuk penyakit itu dirawat dengan lebih baik dan berkesan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai daripada kumpulan-kumpulan umur tertentu supaya tampil menjalankan ujian saringan kanser payudara, kanser serviks dan kanser kolorektal.

“Ujian-ujian saringan ini ada disediakan di fasiliti-fasiliti kesihatan swasta atau kerajaan,” katanya.

Beliau turut menyarankan semua rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam, mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang dan berhenti merokok.

“Semoga dengan peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap faktor-faktor risiko serta kepentingan pengesanan dan rawatan awal kanser, ia dapat membantu mencegah dan menurunkan beban kanser dengan lebih berkesan di negara ini,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]zv7e_kyAFwE[/wpdevart_youtube]

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd