• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertinggal Budak Sekolah, Bakal Pengantin Maut Dibelasah

oleh AK-47
06/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAJAT seorang pemuda ingin menamatkan zaman bujangnya tidak kesampaian apabila hayatnya berakhir selepas dipukul dalam satu kejadian di Klang.

Menerusi pautan bergambar yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Respond Team, mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, yang merancang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari ini, maut setelah ditumbuk seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, pada malam Rabu (3 Februari).

ssadddd

maut2
Kad jemputan kahwin arwah yang dirancang diadakan pada 28 Februari.

maut1

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa yang merupakan seorang pemandu van sekolah tertinggal mengambil anak saudara suspek pulang dari sekolah agama sekitar jam 7 malam.

Suspek yang berang dikatakan mengekori van dipandu arwah dengan motosikal sebelum bertindak menahannya di bahu jalan lalu bertindak ganas membelasah mangsa sehingga maut.

maut5

maut4

Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asister Komisioner Azman Abdul Razal ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu suspek yang berusia 29 tahun telah ditahan pihak polis.

“Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut. Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kematiankes bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd