• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Ke-12

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini.

Ahmad Bashah, 66, merupakan Menteri Besar Kedah ke-12, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut hadir ialah dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama pada majlis bersejarah tersebut ialah ADUN-ADUN dan Anggota-anggota Parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri Jelapang Padi berkenaan.

Pada Rabu, Ahmad Bashah diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, berkuat kuasa 4 Februari 2016.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Selasa bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti daripada wakil rakyat di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Menteri Besar Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Mulakan Tugas Sebagai Menteri Besar Kedah

18/05/2020
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman...

Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah Ahad?

15/05/2020
0

MAJLIS angkat sumpah Menteri Besar Kedah Ke-14 dijangka berlangsung pada Ahad ini selepas semua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd