• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Audit 1MDB Tetap Akan Dibentang Bulan Ini

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) tetap akan membentangkan laporan akhir terhadap pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bulan ini.

Pengerusinya Datuk Hasan Arifin dengan itu mengkritik laporan sebuah portal berita hari ini yang mendakwa JAN gagal menepati tarikh pembentangan laporan akhir pengauditan itu yang dijadualkan bulan ini.

“Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited dalam melakukan pengauditan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat.

“PAC menegaskan bahawa JAN akan tetap membentangkan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB pada Februari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasan juga mahu semua pihak meyakini dan meletakkan kepercayaan terhadap jawatankuasa itu yang terdiri daripada pelbagai parti, termasuk pembangkang.

“Tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar,” katanya.

Dalam isu lain, Hasan berkata PAC kesal dengan tindakan pihak Peguam Negara Switzerland yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu 1MDB tanpa berurusan terus dengan kerajaan Malaysia.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan kenyataan akhbar boleh menimbulkan banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber baru-baru ini membuat kenyataan mengenai siasatan 1MDB. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd