• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Peter Cheng Untuk Iktibar Puak Rasis Di Luar Sana

oleh AK-47
01/02/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENAL siapa Peter Cheng? Rsanya tak ramai kenal pun. Tapi sejak semalam namanya menjadi sebutan ramai, popular di laman sosial.

Puncanya, Peter Cheng menampakkan siapa dirinya yang sebenar dan berkongsikan buah fikirannya di Facebook. Selalunya apabila pendapat dikongsikan di laman sosial adalah normal bila ada yang setuju dan sebaliknya tapi kali ini berbeza.

Rata-rata naik angin bila membaca buah fikiran Peter Cheng yang bukan sahaja dangkal malah bahaya untuk sebuah negara muhibah seperti Malaysia.

Berikut apa yang dikongsikan oleh Peter Cheng tersebut, yang viral di sana sini walaupun dia bertindak memadamkannya dalam kadar segera selepas sedar dia sudah ‘menyalakan api’.

racst1

Ringkasan ceritanya, Peter Cheng pergi shopping di KLCC dan mahu parkir di tempat yang dikhaskan untuk pemandu wanita.

Mak guard yang menjalankan tugas tidak membenarkannya jadi Peter Cheng bertindak ‘bijak’ menukar isterinya sebagai pemandu kereta manakala dia keluar dari kereta dan berjalan ke pintu masuk.

Mak guard menahannya dan memberitahu apa dilakukan tak betul tapi Peter Cheng mempertahankan perbuatannya dan sanggup bertengkar dengan wanita yang menjalankan tugasnya itu.

Tak puas hati mungkin kerana berasa standardnya lebih tinggi daripada mak guard, Peter Cheng cuba mengambil gambar wanita terbabit untuk diviralkan di Facebook dan meminta kawan-kawannya mengepos semula statusnya supaya pihak pengurusan KLCC sedar bahawa pekerja mereka tidak melayan dengan baik pelanggan yang kaya dan mampu shopping sebanyak RM700 sehari sepertinya pada hari kejadian.

Dia juga beranggapan dia dilayan sebegitu kerana dia seorang Cina.

Ternyata, apa yang dilakukan Peter Cheng memakan dirinya semula apabila kawan-kawannya bukan sahaja tidak menyokong, malah mengkritik perbuatannya cuba memainkan isu perkauman dalam perkara yang sah-sah salah dirinya sendiri.

Di bawah antara screenshot kata-kata nasihat yang diterimanya.

peterchen1

peterchen2

peterchen3

peterchen4

12642720_1082061605161471_2564898949145856949_n

Kepada yang punyai sikap ultra kiasu seperti Peter Cheng, mohon terasa dan ambil pengajaran terhadap apa yang menimpa seseorang yang tidak hormatkan orang lain.

Malaysia hanya sesuai didiami seseorang yang punyai hormat pada perasaan rakyat lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: facebookKLCCrasis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd