• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Perlu Tingkatkan Kepedulian Sosial Hadapi Ancaman Daesh

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Masyarakat perlu mempertingkatkan kepedulian sosial mereka dengan mengambil tanggungjawab bersama membantu kerajaan menangani ancaman pengganas Daesh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata militan Daesh berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus.

“Dahulu, jika kita dapat tangkap ketua atau anggota sesebuah kumpulan militan, kumpulan itu akan dapat dibasmi.

“Namun ia berbeza dengan Daesh kerana ia tidak mempunyai struktur atau pun jemaah dan individu boleh terpengaruh walau hanya dengan menonton dakyah yang disebarkan oleh kumpulan itu menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 337 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata masyarakat kini perlu mempunyai sifat ‘jaga tepi kain orang’ bagi mengekang penularan fahaman Daesh di negara ini.

“Kita perlu tangani masalah ini secara holistik dan tidak hanya bergantung kepada pasukan keselamatan dan perundangan sahaja.

“Kita sendiri perlu menjadi sebahagian daripada ‘pasukan’ untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiDaesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd