• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Jawab Mengenai Kedudukan Kewangan Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menjawab segala dakwaan mengenai kedudukan kewangan dan pembayaran dividennya kepada pendeposit pada satu sidang media minggu depan, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata pembayaran dividen akan diumumkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

“Insyaallah, minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Abdul Azeez turut menolak dakwaan bahawa terdapat institusi kewangan lain menyimpan dana di dalam TH berikutan hanya rakyat Malaysia beragama Islam sahaja yang layak menyimpan wang di TH.

Mengenai surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kedudukan kewangan TH pada tahun lepas, katanya syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu telah membuat laporan polis mengenainya.

“Hanya saya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dapat (surat itu). Macam mana surat itu boleh keluar?

“Jadi, kita akan lihat hasil siasatan polis, siapa yang mengeluarkan surat itu,” katanya.

Beliau berkata tindakan BNM itu tidak salah dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenainya.

Katanya isi kandungan surat tersebut lebih kepada BNM memberi peringatan kepada TH, sama seperti yang dilakukan kepada institusi kewangan lain di bawah pemantauan BNM.

“Beliau (Zeti) memberi pandangan dan nasihat supaya menjaga keuntungan demi masa hadapan. Bukan kata TH kerugian atau kehilangan duit. Tindakan mereka tidak salah.

“Yang salah adalah dalang yang mengeluarkan surat tersebut dan memutarbelitkan (fakta yang tidak sepatutnya). Orang itu yang kita akan ambil tindakan, tidak kira siapapun dia,” tegasnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5ByP-k3HJac[/wpdevart_youtube]

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd