• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Diminta Tidak Sertai Mesyuarat MT UMNO?

oleh
02/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas hampir sejam tiba di Menara Dato Onn, PWTC, di sini pada Jumaat.

Difahamkan, arahan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor namun belum ada lagi pengesahan rasmi daripada beliau sendiri berhubung langkah tersebut.

Mukhriz sebelum itu tiba pada pukul 3.05 petang bagi menghadiri mesyuarat berkenaan dan disambut sorakan oleh beberapa orang sahaja penyokong beliau yang dikatakan sudah menunggu lama sejak awal lagi.

Ketika ditemui media di lobi bangunan sebelum beredar, Mukhriz menjelaskan beliau dan sesiapa yang tidak mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat MT itu diminta beredar daripada mesyuarat terbabit.

Beliau memaklumkan arahan tersebut dibuat oleh Tengku Adnan dan berkata: “Sesiapa yang tidak dijemput diminta beredar, tetapi semua itu ditujukan kepada saya seorang. Ada arahan daripada Setiausaha Agung.”

Media kemudian dimaklumkan arahan tersebut kerana Mukhriz tidak dipilih sebagai ahli MT dan kehadiran beliau hanya sebagai ex-officio atas kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang dilantik.

Untuk rekod, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebenarnya bukan ahli MT secara langsung sebaliknya kehadiran mereka dalam mesyuarat MT dibuat atas jemputan pihak ibu pejabat parti jika ada keperluan.

Malah kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri hanya direkodkan sebagai ‘turut hadir’ dan mereka lazimnya tidak boleh memberikan apa-apa pandangan dalam mesyuarat MT kecuali apabila diminta sahaja.

Mukhriz sebelum ini hilang sokongan daripada hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah untuk menerajui negeri Jelapang Padi tersebut sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan juga Menteri Besar.

Pihak media tempatan difahamkan Mukhriz sebenarnya sudah pun diberitahu lebih awal supaya tidak perlu hadir mesyuarat MT pada Jumaat berdasarkan kepada peraturan UMNO, namun beliau tetap hadir tanpa diundang.

Mesyuarat MT pada lewat Jumaat menjadi tumpuan kerana dijangka turut membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Menteri Besar KedahMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd