• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Catat Penurunan Kes Demam Denggi

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 269 kes demam denggi dilaporkan berlaku di Pahang bagi tempoh 1-24 Jan lepas, iaitu penurunan sebanyak 1.5 peratus atau empat kes berbanding 273 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata tiada kematian akibat demam denggi direkodkan berbanding satu kes kematian yang berlaku bagi tempoh sama tahun lepas.

“Daerah Kuantan masih menjadi penyumbang kes tertinggi iaitu lebih 52 peratus dengan 142 kes, diikuti Temerloh (45 kes), Maran (20), Bentong (16), Jerantut (13), Raub (11), Bera (sembilan), Pekan (enam), Rompin (empat), dan Lipis (tiga),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata empat kawasan penularan penyakit paling aktif di Pahang ialah daerah Kuantan melibatkan tiga lokaliti iaitu Rumah Pangsa Alor Akar (tiga kes), Taman Gembira, Galing (tiga) dan Taman Sg Isap 3 (lima).

Di Temerloh pula, lokaliti wabak adalah di Taman Mentakab Indah 2 dengan empat kes.

Mengenai peningkatan kes demam denggi akhir-akhir ini, Dr Ismail berkata cuaca hujan dan panas silih berganti menjadi antara punca berlaku pembiakan aedes di dalam bekas berisiko yang dibuang merata-rata.

“Keadaan ini juga ada kaitan dengan peningkatan bekas berisiko yang dibuang di sekitar kediaman atau sekeliling rumah serta pembuangan sampah-sarap di tanah lapang atau lot kosong,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ismail berkata pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan kes demam denggi dengan melakukan semburan kabus ke atas 95,228 premis dan pemeriksaan pembiakan aedes di 29,822 premis.

Beliau berkata 12,517 premis diletakkan abate bagi memusnahkan jentik-jentik malah sehingga kini 10 aktiviti gotong-royong dilakukan dengan kehadiran 946 penduduk.

Jabatan Kesihatan negeri setakat ini mengeluarkan 68 kompaun dengan nilai RM34,000 selain memberi 52 Notis Seksyen 8 bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat kepada penduduk di negeri itu, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cLSErKdbNAY[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd