• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman dipercayai bagi mendapat perkenan berkaitan penukaran Menteri Besar Kedah.

Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri, tiba di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum beliau dilihat meninggalkan istana tersebut pada jam 9.15 pagi.

Ahli jemaah pemangku ialah Tunku Temenggong, Tunku Sal­lehud­­din ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Laksamana, Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Difahamkan, pertemuan tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. Difahamkan jika semuanya berjalan dengan lancar, Menteri Besar Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah pada Isnin.

Dalam masa yang sama, portal berita tempatan The Star melaporkan bahawa pegawai-pegawai Mukhriz sudah pun mula sibuk ‘mengemas’ pejabat dan kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Polemik kepemimpinan tercetus apabila kumpulan wakil rakyat diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Bashah Md. Hanipah mengisytiharkan hilang kepercayaan mereka kepada Mukhriz.

Jentera pentadbiran kerajaan Kedah juga gagal berfungsi selepas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong gerakan menjatuhkan Mukhriz ‘memboikot’  mesyuarat Exco pada Rabu lalu. – BHarian Online

Baca: Krisis MB Kedah: Jemaah Pemangku Sultan Berkecuali

[wpdevart_youtube]90q6b8DZgj4[/wpdevart_youtube]

Tags: Menteri Besar KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd