• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lagi Mayat Pati Ditemui Di Tanjung Kelisa

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI- Lima lagi mayat mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui di perairan Tanjung Kelisa, Bandar Penawar di sini, hari ini, menjadikan jumlah mangsa lemas kepada 18 orang sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata maklumat awal mendedahkan bot pancung yang dinaiki lebih kurang 40 orang PATI dari Pulau Batam, karam dipukul ombak dan angin kencang di perairan Tanjung Kelisa.

Kumpulan PATI itu dikatakan cuba mendarat secara haram di sini.

Katanya, terdapat juga PATI yang selamat mendarat dan berjaya meloloskan diri namun jumlahnya tidak dapat dipastikan.

“Sehingga pukul 12.00 tengah hari ini, 18 mayat (9 lelaki dewasa) dan (9 perempuan dewasa) telah ditemui dan dijangkakan ramai lagi mangsa akan ditemui,” kata Rahmat dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mayat lelaki yang ditemui orang awam dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Baharu hari ini.

Beliau berkata buat masa ini, laut masih bergelora dengan kelajuan angin 30-40 kilometer sejam sementara ombak berada pada ketinggian 2.5 hingga tiga meter.

Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh 19 anggota PPM Pengerang dan enam anggota Balai Polis Bandar Penawar.

Pagi semalam, mayat 9 wanita dan empat lelaki dijumpai. – BERNAMA

Tags: MayatPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd