• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pengangkutan Awam Diminta Kurangkan Harga Tiket

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta syarikat pengangkutan awam menurunkan harga tiket bagi mengurangkan beban rakyat.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini boleh dilakukan memandangkan trend harga minyak dunia yang semakin menurun sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata pengusaha syarikat pengangkutan seperti bas boleh menurunkan harga tiket lebih daripada RM1.

“Syarikat pengangkutan perlu menghargai pelanggan mereka dengan menurunkan harga tiket.

“Kita tahu pengguna terbeban dengan kenaikan kos sara hidup termasuk kos pengangkutan,” katanya selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata selain itu syarikat terbabit juga boleh memberi diskaun harga tiket kepada pelanggan sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Kalau ada yang buat tempahan awal mereka akan diberi diskaun. Seperti yang dilakukan oleh syarikat bas Inter City Coach, mereka beri diskaun kepada pelanggan yang tempah tiket lima hari sebelum,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-KhL3pT85nI[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak menyokong sesebuah kerajaan yang diyakini adil, namun pada masa sama mempunyai hak untuk memilih kepimpinan...

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

02/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mempertahankan tindakannya membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd