• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Baharu JDT Dijangka Siap Setahun Setengah

oleh Ahmad Albab
25/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stadium baharu skuad Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilaporkan bakal dibina di Nusajaya, Johor dijangka dapat disiapkan dalam tempoh setahun setengah.

Pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sebuah syarikat terkemuka yang bakal membina stadium berkenaan.

Baginda menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, turut menyatakan majlis pecah tanah stadium baharu itu akan diadakan pada 30 Jan ini bersama penyokong skuad Harimau Selatan yang disifatkan baginda sebahagian daripada kunci kejayaan kelab berkenaan selama ini.

“Alhamdulillah, JDT kini berada di kelasnya tersendiri dan saya amat bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada kami. Allah Peliharakan Sultan, Kepada Allah Kami Berserah,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut berterima kasih kepada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berkenan mengurniakan tanah bagi mewujudkan Bandar Sukan JDT, selain turut memberi sejumlah dana kepada skuad Harimau Selatan untuk pembinaan stadium baharu.

Semalam, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan mengurniakan tanah seluas 28 hektar pemberian kerajaan negeri untuk pembinaan Bandar Sukan JDT yang bakal menempatkan pelbagai jenis sukan di bawah nama JDT, selain beberapa kemudahan lain seperti hotel, apartment dan pusat membeli-belah.

Baginda turut berkenan memberi sejumlah dana kepada pasukan JDT untuk membiayai pembinaan stadium baharu JDT.

Pada 10 Jan lepas, Sultan Ibrahim dilaporkan berkenan memberi dana RM50 juta kepada JDT kerana gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vwv4bEZP4ws[/wpdevart_youtube]

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd