• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Bantu Pasarkan Produk Usahawan Herba Tempatan

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membantu usahawan produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba memasarkan produk mereka di peringkat domestik serta antarabangsa.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ruang akan diberi kepada produk herba hasil keluaran usahawan tempatan untuk dijual di Agro Mall yang terdapat di seluruh negara.

“Bagaimanapun produk herba tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia dipasarkan bagi menjamin keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Promosi Herba Di Pasar Tani di Seksyen 13, di sini Ahad.

Badruddin berkata FAMA turut bercadang membuka beberapa buah Agro Mall di luar negara terutama di negara jiran bagi memperluaskan pasaran produk tempatan.

Setakat ini, Agro Mall mempunyai sebuah cawangan di Singapura, katanya pada majlis yang turut dihadiri pengasas produk kosmetik D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak.

Dalam pada itu, Aliff Syukri berkata beliau mula menceburi bidang perniagaan ketika berniaga di pasar tani sembilan tahun lepas.

“Pasar tani merupakan tempat paling sesuai untuk seseorang memulakan perniagaan kerana bayaran sewa tapak rendah di samping jumlah pengunjung yang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMAusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd