• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Juga Harus Main Peranan Pelihara Keselamatan – Najib

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan tidak terletak di atas bahu anggota polis, tentera dan anggota keselamatan semata-mata, sebaliknya, rakyat juga harus memainkan peranan ke arah memastikan keamanan Malaysia terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara langkah paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan tidak menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang boleh menimbulkan rasa tidak senang dan ketakutan kepada orang ramai.

“Setiap daripada kita mempunyai peranan kita sendiri, dan jika setiap seorang daripada kita memainkan peranan tersebut dengan niat serta harapan tulus dan ikhlas untuk memastikan negara yang kita cintai ini kekal aman dan terlindung daripada ancaman keganasan, Insya-Allah, dengan rahmat Allah jua, Malaysia akan terus dilindungi dan aman sejahtera.”

Dalam tulisan terbaharu di blognya NajibRazak.com hari ini bertajuk ‘Pengorbanan Anggota Keselamatan Serta Peranan Rakyat’, Najib turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan pasukan keselamatan sedang berkawal di beberapa lokasi.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata dalam memantapkan soal keselamatan negara berikutan beberapa kejadian keganasan yang berlaku di negara-negara lain, masyarakat sering terlepas pandang usaha serta pengorbanan yang dilakukan anggota keselamatan dalam memelihara keamanan dan membendung kejadian tidak diingini.

Terdapat pelbagai inisiatif yang telah diambil secara proaktif oleh pasukan keselamatan, sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta banyak lagi agensi keselamatan lain, kata Najib.

Beliau berkata banyak kerja yang dilakukan pasukan keselamatan di belakang tabir dan di luar pengetahuan umum, tetapi yang pastinya kerja-kerja ini bertujuan untuk memastikan rakyat dan negara kekal selamat serta terlindung daripada ancaman keganasan.

“Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara anggota keselamatan kita ketika menjalankan tugas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd